Tuesday, 31 December 2013

Ariana Rose


Pengenalan
Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013. Drama Ariana Rose bakal disiarkan pada 31 Disember 2013 selepas tamat Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00malam.

Sinopsis
Slot akasia menggantikan Playboy Itu Suami Aku.
Ariana Rose mengisahkan Juwita yang dipaksa berkahwin dengan Tengku Adam atas kehendak keluarga.
Ariana Rose menyamar sebagai teman wanita Tengku Adnan dan membuat kacau mengatakan mengandung anak Tengku Adnan untuk membantu kawannya hingga perkahwinan mereka dibatalkan.
Aku Isterinya pula mengenai Mya Arlissa yang dirogol pak ciknya ketika usia 14 tahun, lari dari kampung tetapi dijual kepada bapa ayam untuk dijadikan pelacur.Dia ditebus Mikail dengan harga RM50,000 dan tinggal di pangsapurinya sebagai orang gaji dan perempuan simpanan. Mikail yang diminati ramai wanita berlagak sombong dengan Mya.
Hidup Mya tambah malang apabila kawan Mikhail, Adam datang dan cemburu dengan kehadirannya hingga merogol Mya ketika mabuk.
Drama terbitan Global Station Sdn Bhd.

Pelakon
Nur Fathia (Ariana Rose), Keith Foo (Tengku Adam Kamil),
Tasha Shilla (Tengku Juwita), Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee, Syatilla Melvin,
Ziela Jalil, Mustapha Kamal (Tengku Mukriz) , Liza Abdullah (Puan Sri Lisdania), Rahim Omar (Tengku Sudin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Anzalna, Wan Sharmila (Linda)

ADAPTASI NOVEL : The Wedding

Ariana Rose Episod 1


Ariana Rose Episod 2

Ariana Rose Episod 4

Ariana Rose Episod 5

Ariana Rose Episod 6

Ariana Rose Episod 7

Ariana Rose Episod 8

Ariana Rose Episod 9

Ariana Rose Episod 10

Ariana Rose Episod 11

Ariana Rose Episod 12

Ariana Rose Episod 13

Ariana Rose Episod 14

Ariana Rose Episod 15

Ariana Rose Episod 16

Ariana Rose Episod 17

Ariana Rose Episod 18

Ariana Rose Episod 19

Ariana Rose Episod 20

Ariana Rose Episod 21

Ariana Rose Episod 22

Ariana Rose Episod 23

Ariana Rose Episod 24

Ariana Rose Episod 25

Ariana Rose Episod 26

Ariana Rose Episod 27

Ariana Rose Episod 28

Wednesday, 25 December 2013

DAN CALONNYA ADALAH



Pelakon
Faralyna Idris, Anding Indrawani, Maria Tunku Sabri, Kim Jin Sung (pelakon Korea), Harris Alif (Idola Kecil) dan Anas Ridzuan (Liga Lawak).

Sinopsis
Dan Calonnya Adalah… mengisahkan cabaran hidup seorang gadis, Katrina (lakonan Faralyna Idris) yang dikongkong ibunya Puan Kamariah (lakonan Maria Tunku Sabri) termasuk dalam pemilihan bakal suaminya sendiri. Atas desakan ibunya, Katrina perlu mencari jodoh pilihan hatinya sebelum akhir tahun atau bakal dikahwinkan dengan Haris (lakonan Anding Indrawani), anak kepada rakan ibunya. Katrina mulai mengatur temujanji dengan jejaka pelbagai ragam dalam misi mencari calon suami yang sesuai.

Dengan bantuan rakannya Shai (lakonan Janna Nick) serta agensi mencari jodoh yang dimiliki oleh Cik Pooja (lakonan Susan Lankester), Katrina perlu berhadapan dengan karenah 14 jejaka antaranya usahawan paling muda, Aman (Harris Idola Kecil), Azman (Anas Ridzuan) yang gemar berpantun, Ehsan (Dafi Ismail Sabri) seorang perompak, Park (Kim Jin Sung – Korea) seorang arkitek dan model, Karim (Aidil Aziz) penganiaya haiwan, Kamil (Amar Baharin) seorang ‘camwhore’, Julian (Jeremy Teo), Sulayman (Ikhwan Hot FM), Rohan (Aldo Gumara – Indonesia) seorang atlet dan ramai lagi.

Adakah Katrina berjaya temui jodoh pilihannya? Siapakah jejaka bertuah yang berjaya menambat hati Katrina? Adakah pilihan hatinya direstui oleh ibunya, Puan Kamariah? Saksikan Dan Calonnya Adalah… menerusi portal video Tonton.com.my mulai 12 Disember 2013 – 20 Januari 2014, setiap Isnin sehingga Jumaat pada jam 12 tengah hari.